Pages

Monday, July 5, 2010

L.E.M.A.U

Monday, July 5, 2010
Today saya adalah LEMAU sahaja..

Wanna know why???

Ini adalah saya sudah lame tidak berpuasa. So today decide nak puasa. So seharianlah lembik sahaja sebab puasa mengejut kan. Sebelum puasa makan punyalah tak hengat. Tibe-tibe puasa body pun terkejut beruk la kan...hihihi...

Kerja-kerja di opis pun adalah slow mo sahaja dan menjadi seorang yang pendiam dan tak sekecoh biasa. Seriously adalah sangat tidak bermaya.Emm ni baru sehari, hope da bulan ramadhan nanti puasa dengan relax-relax sahaja.

Insyallah...amin..

Menu buka puasa adalah nasi lemak ayam goreng. Dah lapar semua pun sedap aje kan. Sangat-sangat mengujilah hari ini. Kuatkan semangat sahaja!!

Now its time to sleep..out~

*_*


Sunday, July 4, 2010

Congratulasi Teman-teman ;))

Sunday, July 4, 2010

Wah..wah..
Lately ni banyak betul rakan-rakan seangkatan yang bertun
ang..kahwin..bersalin..dan sewaktu dengannya lah..hihihihi~(dalam hati ku berkata..yes anum umur-umur begini adalah masanya)..hahaha..seronok gak bile kawan2 da go one step kepada alam lain.as for me masih samar-samar gitu.dengan penuh harapan that the time will come.insyallah.

Few weeks lepas punye citela ni kan...Berkonvoi bersama kawan-kawan ke negeri sembilan bersama-sama rakan-rakan sekolah cameron highlands to wedding hetty..punyela waiting for that day.syukur alhamdulillah that kenduri tu adalah on sunday.thats y i can go.hehehe.maklumlah keje sampai sabtu kan.two weeks before kenduri hetty at cameron.tak dapat cuti so tak bolelah balik cameron kan.pergi je lah yang belah suami hetty.kebetulan i didnt know that tema kenduri hari tu adalah purple.so i wear baju kurung purple, my fav baju la kan.then yang lain2 pakai color lain..so saya telah menjadi pengapit terjun untuk hetty.yes..
kawan-kawan pandai korang mengelat ye.aku pule jadi mangsa.hahaha.nasib i sporting tau.but i had fun.yang penting dapat makan kat meja pengantin.kikikiki.btw congrats for both u.u guys such a lovely couple.semoga berkekalan hingga hujung nyawa.amin..


menjalankan tugas2 pengapit terjun ;))

pose sblm makan lauk sedap ;))


ini adalah aktiviti selepas wedding!

Well after attend wedding hetty kiteorg decide nak off to melaka sebab konon-konon dekat la kan dengan uma suami hetty.Sepanjang perjalanan we had so much fun..gelak aje..ade je mende nak dicakapkan and digosipkan.korang sangat happening la.even though time skool kite tak la sangat rapat but bile da lepak sekali macam satu kepala je kan.thanks amy,fiza,sheren and syahril sebab gelak ketawa dgn aku.yela da naik satu kete kan.as for ila and mr bf naik kete lain.but lepak ngan korg pun happening juge.

Sesampai di melaka aku terus nak tukar uniform kenduri.hahaha.tak kose makcik nak pakai baju kurung seharian.ketibas tak hengat la kan that time.hahaha.then start la aktiviti-aktiviti posing kiteorg.few places la kami g kat melaka tu.alhamdulillah that time rase sangat free and hilang stress and had so much la.


Friday, June 25, 2010

No Time No More!!!

Friday, June 25, 2010
Ohh..
Sudah lama tidak memenuhi wall blog sendiri.Sangat bz plss..
My schedule now..Every monday tu saturday adalah my working day.keje masuk kul 10pm then balik kdg2 tengah malam.jarang sekali pulang tepat after office hour.then letak kepala trus tdo.bangun pg start my day balik.emm mcm tula hari2.crazzyy!!! thats the words.hahaha.sometimes sunday adalah rehat di rumah and do nothing(besides tdo,bangun makan,tdo balik then tgk tv then bosan tdo balik).pastu tadaaaa sudah monday kembali.ok sgt memboringkan my life.hhaha.but sometimes my weekend which is ahad aje adalah dating time.wahaha.yes everyone dating.well..time change.heeeeee..

So far my work adalah sebagai brodcast journalist which need me arrange for shooting or interviewing peeps.then balik wat editing..scripting..keje sangat long hours plsss..sometimes i wonder sampai bile la nak keje mcm ni.but sometimes seronok pun ade.cume i have to sacrifice my time with everyone surrounded me escpecially family and frens..but rite now i am trying bahagikan masa for everyone.insyallah.just pray for me the best and hope what i am doing now makes everyone happy also.amin...

Sunday, March 21, 2010

Bekam!!!

Sunday, March 21, 2010


Ok gambar di atas menunjukkan saya melakukan satu aktiviti yg tak pernah terpiki nak wat iaitu BEKAM LINTAH.yess lintah.euwwwww kann??hahaha.

Bulatan merah menunjukkan lintah berada di muka saya.Ade empat ekor
kesemuanya.2 di tepi mata dan 2 di pipi.gambar nak konon2 muka maintain padahal ngeri u ols.hahahaha.

oh tidak!!apa yg telah aku lakukan.

Well ni semua gara-gara kawanku anis yang konon-konon nak belanja wat bekam lintah.nahh amik ko.nak tgu lintah tu dari kurus sampai gemuk amik masa selama 1 jam lebih kot.agak kebas la bontot-ku kan.takkan nak berjalan-jalan plak sebab that time kat pwtc ngah ade exibition matrade.ramai orang kot.maluuuuu ;p

Jenuh menunggu.Sgt terpedaya dengan kata-kata tauke bekam yang konon-konon i had resdung and elok kalau wat bekam ni.and end up lepas satu jam lebih buat lintah tu da kenyang akan jatuh sendiri.then darah yang keluar dari tempat die sedut darah tu akan mengeluarkan darah selama 4 - 5 hours.And you know what darah yang keluar dari mukaku agak lame.kiralah wat bekam from 6pm-7pm then balik and wat mcm-mcm darah still kua sampai la nak tdo which is until 3am in the morning.yesss!!!tak ke nak meroyan sebab takleh tdo.last-last letak je kapas kat muka,tdo tegak je.bangung pagi nasib da kering da darah tu.hahahaa.lawakssss.

di bawah adelah gambar saya pada pukul 10pm yang mane aktiviti bersama BFF sesama di UiTM.dan masih mengeluarkan darah.stress!!!tp still smile peeps ;)


FYI: lintah-lintah yg da gemuk akan dibunuh dengan satu alkohol khas.kenela bunuh kan takkan nk gune the same lintah kat muke org lain.well, in my own opinion its been a great experience.rasenye hanya seperti digigit semut api sahaja.


Friday, March 12, 2010

Pernah???

Friday, March 12, 2010

Pernah tak korang rasa mcm korang ada rahsia besar yg harus dirahsiakan daripada orang-orang tertentu????

Well.. I DO!!!!

I have this one big secret which have to keep to myself sampai bile-bile.
Yup.

Maybe sampai hujung nyawa la kot.

One word for me: BEBAN!!!!!

Yes, sangatlah rasa terbeban kerana ini rahsia.

I wish I could share it with someone.

Yes,that would not be secret anymore,kan???hahahaha..

For now kena terima dan pasrah.Just go with the flow.

Always remind myself to be strong and keep on busy with my daily routine(konon).

YEAH!!!
You GO ANUM ;)

G.U.I.L.T.Y

I have found this one article and really touch me.I am dedicate this link to few fellas that i really care about.U guys should read it ;)

Seseorang yang melakukan kesalahan kemudian merasa dirinya bersalah lebih baik dari mereka yang beramal soleh kemudian merasa dirinya suci bersih.

Yang terbaik di antara keduanya ialah mereka yang beramal soleh, kemudian merasa dirinya lemah tidak berdaya kecuali dengan pertolongan dan kekuatan dari Allah semata. Mereka juga sentiasa beristighfar dari dosa yang disedari mahupun tidak disedari.

Tatkala terdetik rasa bersalah dan menyesal dalam diri yang telah melakukan dosa, di sana Allah sedang memandangmu dengan penuh kasihan belas dan kasih sayang.

Rasa menyesal itu merupakan taufik dari Allah agar dirimu tidak meninggalkanNya jauh dan semakin jauh.

Rasa bersalah yang menghantui itu pula merupakan dorongan dari Allah agar segera bertaubat kepadaNya.

Syaitan amat takut pada setiap hamba yang menyedari kesalahannya. Iblis tidak mahu manusia bertaubat dari perbuatan salah yang pernah dilakukan. Iblis tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang pada setiap dosa-dosa kecuali dosa syirik.

Daripada benih ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ itu, Allah mahukan pohon taubat dari kita.

Mari sama-sama kita hayati pesanan dan bujukan dari Allah ini pada kita, makhlukNya. Dengan lemah lembut Allah berkata,
يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان فيك ولا أبالي، يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا أبالي، يا ابن آدم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة .
Maksudnya:

Wahai Anak Adam!

Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!

Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!

Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.

Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih.

Syarat-syarat Taubat Diterima di Sisi Allah

1. Menyesal bersungguh-sungguh terhadap dosa yang pernah dilakukan dan berazam untuk tidak kembali lagi melakukan dosa tersebut.

2. Memohon ampun walau sebesar mana dosa yang pernah dilakukan dengan penuh harapan agar Allah memaafkan.

Allah berjanji mengampunkan dosa-dosa melalui ayat 110 Surah al-Nisa’,

وَ مَنْ يَّعْمَلْ سُوْٓءًا اَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهٗ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللّٰهَ يَجِدِ اللّٰهَ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا‏

Maksudnya:

Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah berjanji mengabulkan doa melalui ayat 60, Surah Ghafir,
وقال ربكم ادعوني أستجب لكم إن الذين يستكبرون عن عبادتي سيدخلون جهنم داخرين

Maksudnya:

Allah telah berkata; Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doamu.

Syarat doa diperkenankan ialah dengan berdoa sepenuh hati.

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة، واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه

Maksudnya:

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan
kamu yakin Allah akan memperkenankannya. Sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh.

Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi.

3. Tauhid yang benar. Maksudnya akidah kita betul dengan mengesakan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah.

Bagaimana anda rasa setiap kali selepas mandi? Apatah lagi jika anda mandi menggunakan sabun dan syampu yang aromanya semerbak wanginya?

Badan terasa segar dan cergas kembali, bukankah begitu?

Begitulah hidup kita, dosa-dosa ialah kotoran yang menggelapkan hati menyebabkan hidup terasa tidak ceria dan bersemangat.

Basuhlah dosa-dosa dengan solat dan taubat.

Hargailah nikmat ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ yang Allah campakkan dalam diri. Sambutlah lambaian Allah tersebut dengan kembali kepadaNya dengan sebenar-benar kembali.

Taubat yang bersungguh dan doa yang penuh mengharap itu akan menyegarkan jiwamu semula.

Pedulikan apa kata orang padamu. Apa yang penting Allah sangat luas rahmat dan keampunanNya.

Ingatilah, saat sakaratulmaut menjemput kita, Allah satu-satunya zat yang dapat menyelamatkan kita.

Walau sejuta pujian atau sejuta kejian manusia terhadap kita sedikit pun tidak dapat membantu kita saat penuh debaran itu.

Pandanglah hari ini dan hari yang akan datang kerana Allah sudi mengampunkan dosa-dosamu.

Selaklah lembaran ‘Surat Cinta Ilahi’ yakni al-Quran setiap hari.
Di sana, akan kau temui siraman demi siraman kasih Allah padamu yang tidak bertepi
.

Akhir kata, Allah yang Maha Mengetahui tahu bahawa akan ada saat-saat manusia dihambat rasa putus asa dan lemah semangat. Justeru awal-awal lagi Allah rakamkan dalam al-Quran ayat 53 hingga ayat 54 Surah al-Zumar,

قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا‌ؕ اِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ‏

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ayat 53

وَاَنِيْبُوْۤا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ‏
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. Ayat 54

وَاتَّبِعُوْۤا اَحْسَنَ مَاۤ اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ مِّنْ رَّبِّكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَّاَنْتُمْ لَا تَشْعُرُوْنَۙ‏
Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
Ayat 55

Saya mencadangkan anda baca penerangan Hadis 42 dalam buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Pengarangnya ialah Dr Mustafa al-Bugho dan Muhyiddin Misto.
Terdapat syarahan panjang lebar berkenaan taubat dan keluasan rahmat Allah.

Insya Allah, dengan ilmu mengenal Allah, kita akan lebih dekat denganNya dan semakin berwaspada dengan bisikan-bisikan iblis. Iblis hanya mahu menambah kawan di neraka sedangkan Allah mahu kita menikmati ketenangan hidup di dunia dan bahagia di akhirat.

Apa yang baik milik Allah jua.

Ummu Abbas.


p/s: http://keranacinta.wordpress.com/2009/03/28/rasa-bersalah-merupakan-nikmat-dari-allah/

Thursday, March 4, 2010

am i??????

Thursday, March 4, 2010

They said:
  • Awak tau tak beza gurauan ngan serius?? hehehe.(fadzli)
  • Ko ni ibarat barang antik lakkkk;kalau chantek, mantap lagi, maintain je kualiti die lagi mahal kan.hahaha..(suhaimi)
  • Leh koma 4 hari 4 mlm kalau ko membebel tau!huhu...(hetty)
  • Bestbuddy...Bestfrens ever..(zura)
  • ko niiiii garang cam dlo gak x belembut sikit pon...(suhaimi)

Updated: thurs,4/03/10,8.39pm

p/s: akan meng-update day-by-day
::Ocean Of Emotions:: © 2014